UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985-496X
Main Author :Kasim Ahmad Yunus, Abdul Hamid Samsuddin, Jemali Misnan,
Title :Pengajaran akidah dalam kalangan mualaf di Institut Dakwah Islamiyah PERKIM (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Pendidikan akidah adalah aspek terpenting dalam pembentukan jati diri mualaf atau saudara baru sebagai Muslim yang kuat. Kelemahan akidah menyebabkan kehidupan mualaf terumbang ambing, keliru dalam sukar mengamalkan ajaran Islam dan cenderung untuk kembali menganut agama asal. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan pengajaran akidah dengan menganalisis PPK yang dimiliki oleh pensyarah di IDIP, PERKIM dilaksanakan semasa proses pengajaran akidah kepada golongan mualaf. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan memperoleh data kajian melalui instrumen soal selidik, protokol temu bual dan analisa dokumen. Proses pemikiran dan tingkah laku pensyarah di dalam bilik darjah dikaji berdasarkan lingkaran model pelaksanaan pedagogi dan tindakan pengajaran (Shulman, 1987). Proses ini merangkumi beberapa fasa pengajaran tahap kefahaman, transformasi, tindakan pengajaran, penilaian, refleksi dalam pengajaran. Pembentukan kefahaman baru berkaitan pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi subjek atau pengetahuan berkaitan murid telah menyumbang kepada pembentukan PPK secara sistematik di dalam pengajaran akidah terhadap golongan mualaf. Kajian mendapati kemahiran PPK yang ditunjukkan oleh semua pensyarah mencerminkan pengalaman ‘wisdom of practice’ dan ‘wise practice’ dalam pengajaran subjek akidah.Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan khusus dalam pengajaran akidah kepada masyarakat Mualaf untuk membina jati diri dengan pegangan akidah yang kukuh.

References
1. Abdullah Yusof & Siti Nor Aisyah Ngadiran (2010). Peranan Badan Kerajaan dan NGO dalam Membantu Menangani Cabaran Saudara Kita. Dlm. Mohd Nizam Sahad & Suhaila Abdullah (pnyt) Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu dan Cabaran Semasa, hlm. 523. Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. 2. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2011). Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kampung Sungai Berua Terengganu. Dlm. Razaleigh Muahamat @ Kawangit (pnyt.) Isu-Isu Pengurusan Saudara Muslim, hlm. 14-67. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Ahmad Yunus Kasim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah: Kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Ali Ahmed Madkur. 1999. ManhajiyyahTadris al- Mawad al-Syareiyyah. Kaherah: Dar al-Fiqr al-Arabi. 5. al-Nawawi. 1995. Sahih Muslim, li-Abi al-Husayn Muslim ibn al-Hujjaj al-Qushairi al-Naisaburi bi-Sharh al-Nawawi Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi al-Shafi’i. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 6. Al-Qaradhawi (1983). Hakikat al-Tawhid.Kaherah: Maktabah al-Wahbah. 7. Al-Qaradhawi (2010). Islam an Introduction. Terj. Petaling Jaya: Islamic Book Trust. 8. Al-Qurtubi (2004). Al-Jamic li al-Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. 9. Al-Nawawi (1995). Sahih Muslim, li-Abi al-Husayn Muslim ibn al-Hujjaj al-Qushairi al-Naisaburi bi-Sharh al-Nawawi Yahya ibn Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi al-Shafi’i. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 10. Faudzinaim Badaruddin (2005). Saudara Kita:Harapan, Realiti dan Cabaran. Dlm. Razaleigh Muhamat @ Kawangit et al (pnyt.) Masa Depan Saudara baru, Harapan Realiti dan Cabaran, hlm. 1. Bangi: Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 11. IbnKathir (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Kathir. Terj. Kuala Lumpur: Victory Agencie. 12. IbnManzur (1968). Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sadar. 13. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2011). Dasar Akidah Islam. Johor Bahru: Penerbit UTM Press. 14. Kamus Dewan (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 15. Mohamed Azam Mohamed Aidil et. al. (2010). Murtad di kalangan Muallaf di Selangor:Penekanan kepada latihan dan bimbingan. Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu dan cabaran semasa, hlm 595. 16. Mohd Farhan Abdullah. (2011). Kristianisasi dan gejala murtad di Malaysia, di mana peranan kita. Selangor: Selasih Millennium Bdn bhd. 17. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Akidah dan pembangunan modal insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 18. Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah. (2005). Ku temui sinarMu. Dlm. Razaleigh Muahamat @ Kawangit (pnyt.) Isu-Isu Pengurusan Saudara Muslim, hlm. 14-67. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 19. Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah & Fariza Md Sham. (2009). Keperluan memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari: 85. 20. Rukiah Mohamad. (2008). Asas –asas pembinaan insan. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti(UPENA) UiTM. 21. Sayed Sabiq. (2011). Al-aqa’id al-Islamiyyah. Terj. Terengganu: Rangkaian Berkat Sdn Bhd & Batu Caves: Pustaka Salam Sdn Bhd.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)